Thursday, 23 March 2017

Filled Under:

INILAH PUNCA ADI PUTRA CERAIKAN KEDUA ISTERINYA...AMAT MENGEJUTKAN!!!


INILAH PUNCA ADI PUTRA CERAIKAN KEDUA ISTERINYA...AMAT MENGEJUTKAN!!!

Menerusi satu posting yang baru dimuat naik, Adi Putra menjelaskan bahawa beliau telah berpisah dengan kedua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

“Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida). Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi”

“Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih,” tulisnya di akaun Instagram selepas desas-desus pergolakan rumah tangga beliau tempoh hari.


Manakala baru-baru ini pula, ada laporan mengatakan Adi telah membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan isteri pertamanya pada awal Mac lalu. Hasrat itu bukanlah kali pertama berlaku, malah jelasnya lagi keputusan itu telah dibuat secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Terdahulu Adi dan Aida telah berkahwin pada 14 April 2006 dan telag dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga. Manakala pada Jun lalu, Adi telah berkahwin sekali lagi dengan Shahida. Pelbagai spekulasi mula tercetus apabila Aida tidak mengetahui perkara berkenaan. (rtky/w)


sumber : http://www.rotikaya.com/adi-putra-sah-ceraikan-dua-isteri/





0 comments:

Post a Comment