Identiti Sebenar & Rekod Jenayah Suspek Dera Adik Thaqif TERBONGKAR ! Rupanya Ini KES Sebelum Ini Lebih DAHSYAT lagi!
Suspek Dera Pelajar Tahfiz Rupanya Bekas Banduan PEMBANTU warden yang ditahan susulan memukul pelajar tahfiz, arwah Mohd Thaqif
Amin Mohd Gaddafi sehingga keduadua kaki kanakkanak malang itu terpaksa dipotong sebelum meninggal dunia semalam dilaporkan
merupakan seorang bekas banduan.
Suspek Dera Pelajar Tahfiz Rupanya Bekas Banduan
Lelaki itu pernah dipenjarakan selama 30 bulan kerana kesalahan mencuri.
Menurut seorang pelajar dari sekolah tahfiz berkenaan yang namanya tidak mahu disebut, menyatakan bahawa pembantu warden itu sangat
garang.
Mohd Thaqif, 11 tahun menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 1.45 petang semalam dan punca kematian masih lagi dalam
siasatan.
Pihak hospital mengambil masa 5 jam untuk melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian pelajar itu sebelum jenazahnya di
bawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan berdekatan rumah datuknya di Felda Bukit Apung Timur.
Seramai 30 orang pelajar dari sekolah yang sama berpakaian serba putih kelihatan menunaikan solat magrib dan Isyak di masjid berdekatan
sebelum menghadiri majlis pengkebumian pelajar malang itu untuk memberikan penghormatan terakhir diiringi guru dan pengetua sekolah.
Seorang lagi pelajar yang ditemu bual sumber dipetik sebagai berkata, dia tinggal sebilik dengan Mohd Thaqif dimana terdapat 4 bilik yang
diasingkan mengikut pelajar baru dan pelajar lama.
Apabila pelajar itu ditanya mengenai pembantu warden yang ditahan, wajahnya kelihatan berubah sambil berkata, " Hanya Allah yang tahu apa
yang berlaku di bilik kami", sebelum berlalu pergi dan menyertai kawankawannya.
Pengetua sekolah tahfiz tersebut ketika ditemu bual sumber enggan mengulas tentang suspek atas nasihat polis agar tidak mengganggu siasatan.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Agama Negeri, Abd Mutalip Abd Rahim ketika dihubungi oleh The Star dipetik sebagai berkata, Jabatan
Agama Islam Johor (JAIJ) telah menyelesaikan siasatannya di sekolah dan mendapati bahawa sekolah itu tidak melakukan apaapa kesalahan.
Ditanya bagaimana sekolah boleh mengupah seorang bekas banduan sebagai pembantu warden, beliau berkata ia terserah kepada sekolah untuk
mengupah sesiapa sahaja yang mereka percaya untuk menggalas sesuatu tugas.
"Walau bagaimanapun, berikutan kejadian barubaru ini, JAIJ akan tampil dengan garis panduan baru bagi sekolahsekolah ini untuk mengupah
kakitangan, terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam kebajikan pelajar.
"Terdapat sekurangkurangnya 86 sekolah agama persendirian berdaftar di Johor dan sebelum ini, kami mendapati sukar bagi mereka untuk
mendaftar dengan JAIJ," katanya.
sumber: http://www.bulletinviral.com/2017/04/identiti-sebenar-rekod-jenayah-suspek.html
0 comments:
Post a Comment