Sunday 7 May 2017

Filled Under:

AKHIRNYA TERBONGKAR !!! Setelah Hampir 2 Hari Tamat MLM 2017,Kini Pihak Maharaja Lawak Mega Tampil Jujur Menjelaskan Kenapa Kumpulan ZERO Mendapat Tempat Ke 4...Aku Dah Agak Dah Sebab Tu je...

AKHIRNYA TERBONGKAR !!! Setelah Hampir 2 Hari Tamat MLM 2017,Kini Pihak Maharaja Lawak Mega Tampil Jujur Menjelaskan Kenapa Kumpulan ZERO Mendapat Tempat Ke 4...Aku Dah Agak Dah Sebab Tu je...





Debaran kian terasa dan ramai yang sudah mula berteka-teki mengenai siapakah juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak setengah juta ringgit!

Untuk menguji sejauh mana debaran para peminat MLM 2017, Astro Gempak telah mengadakan undian secara ‘live’ di Facebook (FB) bermula jam 4 hingga 6 petang tadi.

Menerusi undian tersebut, #lanunlawak yang menjadi pilihan pengunjung FB Astro Gempak untuk bergelar juara MLM 2017 ialah, Kumpulan Zero dengan 3,298 undi.

Sementara itu, satu-satunya peserta yang pernah sampai ke final semua MLM tetapi belum bergelar juara, kumpulan Shiro pula berada di tempat kedua dengan undian sebanyak 2,299.


Tempat ketiga, menjadi milik Bocey dengan 1,717 undian, diikuti Dzawin yang memperoleh 793 undian dan Puteh di tempat kelima dengan 481 undi.

Adakah apa yang diramalkan peminat-peminat MLM 2017 ini bakal menjadi kenyataan? Mungkin ya atau mungkin juga tidak kerana jika dilihat pada ruangan komen, sukar untuk meneka #lanunlawak manakah yang bakal bergelar juara kerana ia agak seimbang.




Gelanggang akhir MLM 2017 bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Jumaat ini dan lima #lanunlawak akan berentap di dua pusingan bertemakan Bebas dan Muzikal.

Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 menawarkan hadiah lumayan bagi juara pertandingan iaitu wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi. Naib juara pula bakal merangkul wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi dan RM150,000 beserta trofi menanti pemenang tempat ketiga. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Penonton boleh menyaksikan siaran langsung MLM 2017 atau mendapatkan informasi terkini menerusi portal hiburan rasmi, Astro Gempak


sumber: http://gempakhabiss.blogspot.my/2017/05/akhirnya-terbongkar-setelah-hampir-2.html?m=1




0 comments:

Post a Comment