Wednesday 10 May 2017

Filled Under:

Video Polis Selamat Wanita Mangsa Tebusan Di Sabah dan motif pelik pesalah

Video Polis Selamat Wanita Mangsa Tebusan Di Sabah dan motif pelik pesalah




KOTA KINABALU – Satu ‘drama’ tebusan berlaku di Jalan Damai apabila seorang lelaki
mengacukan sebilah pisau ke leher seorang wanita.

Polis telah mengepung Jalan Damai dan perunding cuba menenangkan suspek dan memujuk
untuk melepaskan wanita itu.

Motif tindakan lelaki itu tidak diketahui.

Dipercayai lelaki itu telah membawa wanita tersebut dari sebuah rumah di Jalan Harrington
berhampiran Luyang Restoran Luyang dan diseret ke Jalan Damai kira-kira pukul 7.30 malam
Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan George Abd Rahman berada di tempat
kejadian.

Pada pukul 9.20 malam, lelaki itu dilihat duduk di atas jalan raya dan pisau masih di leher
wanita tersebut.

Ditangan wanita itu juga turut kelihatan seperti memegang sebuah telefon bimbit.
Pada pukul 9.36 malam, polis bertindak meluru ke arah lelaki itu dan menangkapnya.
Situasi tebusan berakhir pukul 9.43 malam.

Wanita yang menjadi tebusan itu diberi rawatan perubatan di dalam sebuah ambulan. – mstar




0 comments:

Post a Comment