Monday 27 March 2017

Filled Under:

Al­Fatihah ­ Terkini Pembaca Berita TV3 Dijumpai Mati Dibunuh Dalam Rumah Sendiri

Al­Fatihah ­ Terkini Pembaca Berita TV3 Dijumpai Mati Dibunuh Dalam Rumah Sendiri





Hari ini media­media sosial dikejutkan dengan satu berita
mengenai kes kematian seorang pembaca berita TV3 apabila
mangsa dijumpai menggantungkan dirinya menggunakan kain
cadar pada kipas siling dalam bilik di rumah mereka.
Polis menahan empat individu termasuk pemandu teksi bagi
membantu siasatan kes pembunuhan mangsa yang ditemui mati di
rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya
pada Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan
Abdullah berkata tiga lagi individu yang diambil keterangan ialah
seorang doktor, pengasuh anak lelaki mangsa dan rakan terdekat.
"Namun kita tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini.
Mereka yang memberi keterangan ini merupakan antara saksi yang
boleh membantu polis dalam menyelesaikan kes kematian
mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Sebelum ini, polis telah merekodkan keterangan daripada 10
individu termasuk dua rakan sekerja eksekutif pentadbiran stesen
televisyen TV3 itu dan dengan empat keterangan terbaharu, jumlah
keterangan yang diambil ialah sebanyak 14 sehingga hari ini.

Mohd Adnan berkata ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil
untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu. Mangsa
ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka, dan
hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher
wanita itu.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang merupakan
anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada 10.15
malam pada Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Mangsa merupakan anak kedua daripada enam beradik dan
mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. Kes disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
SUMBER : UTUSAN




0 comments:

Post a Comment