Wednesday 15 March 2017

Filled Under:

Peniaga Online Akan Dikenakan Cukai BERMula Tahun Ini

Peniaga Online Akan Dikenakan Cukai BERMula Tahun Ini





PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
berkemungkinan akan mengenakan cukai ke atas perniagaan
online bermula 2017, sejajar dengan kepesatan perkembangan
sektor berasaskan internet di negara ini, lapor Free Malaysia
Today.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan
Serigar Abdullah berkata, MOF telah mengarahkan pihak
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat kajian terperinci
berhubung perkara itu. Malah, LHDN turut bekerjasama dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan itu.
"Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang
memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya
menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil
ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada
ekonomi digital," katanya.

Selain itu, pihak MOF juga berhasrat memastikan syarikat
peniagaan online berdaftar dengan SSM bagi membolehkan
MOF mengetahui jumlah pendapatan yang diperolehi oleh
mereka.

Menurut Irwan, kajian dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) terhadap pemandu Uber dan Grab Car boleh
mencecah sehingga RM7,000 sebulan dan angka itu boleh
dikenakan cukai.

Pendapatan bulanan yang boleh dikenakan cukai pada ketika ini
adalah RM3,000 hingga RM4,000. -

SUMBER: http://bersihotai.blogspot.com/2017/01/peniaga-online-akan-dikenakan-cukai.html





0 comments:

Post a Comment