Monday 27 March 2017

Filled Under:

PANAS: NAK TAHU KENAPA AKU BENCI SAFIQ RAHIM?

PANAS: NAK TAHU KENAPA AKU BENCI SAFIQ RAHIM? 



Oleh : Shah Rafi
Nak tahu kenapa aku benci Safiq Rahim?

Ok hari ni aku cerita.
Aku pernah ke Bangkok pada tahun 2014 untuk
menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF. Turun je
kapal terbang aku dan dua rakan lagi terus ke hotel
penginapan pasukan negara.

Kenapa? Untuk berjumpa mereka dan memberikan
sokongan moral. Setidak­tidaknya aku dapat tengok dan
jumpa mereka secara berdepan bukan lagi dari jauh. Its a
dream come true pada masa tu.

Semasa aku di hotel, pemain Malaysia turun ke cafe untuk
minum petang. Aku dan beberapa orang yang ada di sana
masa tu ambil peluang untuk bergambar dan berikan katakata
semangat untuk mereka bermain.

Amri, Apek, Safee Sali, Badri Razi, Indra Putra, Dollah
Salleh steady bersalaman, senyum, melayan peminat dan
bergambar.

Tiba giliran Safiq Rahim.
Aku hulur tangan, bersalaman.
Kawan aku memegang kamera.
"Bro, boleh tangkap gambar?"
Tanya aku. Dia diam je sambil angguk.
Senyum? Ada, sinis.
Mungkin sedang fokus.

Seusai bergambar, "Bro, semoga berjaya.
Buat yang terbaik" kata aku.
Dia senyum macam nak taknak.
Mungkin ni style dia pada orang yang dia tak kenal. Lebihlebih
lagi fans, maklumlah dia pemain bola sepak
profesional.

Aku pun bersorak sorai untuk dia bermain demi lencana di
dada. Kawan aku yang memegang kamera tadi ke depan
juga untuk bersalaman.
Sambil bersalaman, kawan aku pun cakap, "Bro, good luck.
Buat yang terbaik, kami datang dari jauh untuk bro dan
team"
Kau tahu apa dia jawab?
Aku boleh dengar satu­satu, "Ek?" Nada sinis nak
mampos.

"Saya pun datang jauh juga ni" dengan nada berlagak dia.
Masa tu suasana jadi awkward. Sunyi seketika. Sebaris
kata­kata yang pada aku tak patut diucapkan pada seorang
penyokong.
Kalau baca memang nampak tiada apa yang salah tapi bila
dengar dengan telinga sendiri, berdesing. Masa tu aku rasa
nak sound je dengan kata­kata "eh, kau datang dibayar
ditanggung semuanya sebab tu kerja kau, manakala kami
datang keluar duit sendiri semata­mata untuk sorak demi
kau" tapi aku simpan dalam hati.

Taknak kacau emosi dia. Dan malam tu kita semua tahu
macam mana teruknya beliau bermain hinggakan kita kalah
2­0 di Bangkok.

Berbakul maki hamun dihamburkan pada beliau dari tempat
duduk penyokong Malaysia di Stadium Rajamangala,
Bangkok. Tapi demi lencana di dada aku dan rakan­rakan
serta 80,000 rakyat Malaysia yang lain tetap hadir ke
Stadium Bukit Jalil diperlawanan timbal balik. Tapi kita tetap
kalah walaupun ada ruang­ruang untuk buat comeback.
Mulai kes dekat Bangkok tu aku jatuh benci pada SR8, aku
dan penyokong yang ada masa tu tak minta disujud dilayan
seperti anak raja.

Cukup berperlakuan profesional seperti pemain­pemain
lain. Sambil steady layan peminat. Mungkin ada orang
nampak benda ni perkara remeh, tapi bukan pada aku
apabila dia bersikap kurang ajar sedemikian.

Sebab tu juga sekarang aku dah takde rasa minat nak pergi
meet and greet pemain skuad Kebangsaan. Lebih­lebih lagi
kawan aku sendiri yang berbangsa cina juga nyatakan
perkara yang sama, dia berlagak pada masa itu dengan

Lemak di perut hilang, jika anda minum segelas setiap hari ...
cara, gaya dan kata­kata dia.

Ok ketepikan hal luar padang. Itu hanya faktor pemangkin
aku tak suka dia. Yang paling penting, apa lagi yang nak
dibuktikan dia sekarang? Dulu dah bagi banyak peluang.

Main macam celake juga. Sekali dua power tak cukup
untuk menjadi power selamanya. Cukuplah tu. Bagi budak
lain buktikan diri. Terima kasih untuk sumbangan selama ni.
Dah bersara kan? Cukuplah.

sumber: http://friscomedia.blogspot.com/2017/03/nak-tahu-kenapa-aku-benci-safiq-rahim.html?m=1




0 comments:

Post a Comment