Thursday 16 March 2017

Filled Under:

Innallilah!!! Pelakon popular Terlibat Dengan Kemalangan basikal


Innallilah!!! Pelakon popular Terlibat Dengan Kemalangan basikal 



Kuala Lumpur – Pelakon, Jazli Hassan terlibat dengan kemalangan basikal petang semalam
ketika berkayuh bersama 60 penunggang basikal yang lain untuk Kayuhan Hari Buah Pinggang
Sedunia dan Obesiti.

Menurutnya, ketika itu dia sedang berkayuh dari Hospital Kangar, Perlis dan terlibat
kemalangan ketika menghampiri Hospital Yan, Kedah.

“Kelajuan tunganggan ketika itu lebih kurang 35 kilometer sejam dan secara tiba-tiba,
penunggang di hadapan saya hilang kawalan.
“Akibatnya saya terjatuh selepas merempuhnya dan kemudian kira-kira empat lagi orang
merempuh saya selepas itu,” katanya kepada Utusan Online.

Pelakon drama Supermak, Tiara dan ퟌ�lem Kampung Drift itu dilantik menjadi ikon obesiti
untuk kempen tersebut yang menjelajah setiap hospital bermula dari Perlis dan berakhir di

Jazli sebelum ini merupakan seorang pelakon dengan �zikal gemuk dan berjaya menurunkan
berat badannya sebanyak 100 kilogram.

Kesan daripada kemalangan itu, kata Jazli, dia mengalami patah tulang belikat dan akan
bertemu doktor pakar tulang untuk rawatan.

“Selepas kemalangan itu saya pitam sehinggalah saya sedar sudah berada di hospital. Buat
masa ini, doktor beritahu kecederaan ini tidak serius.

“Tetapi, kecederaan yang dialami ini sebenarnya jarang berlaku dan perlu mendapatkan
rawatan daripada pakar tulang,” katanya yang kini berehat di rumah. – Utusan






0 comments:

Post a Comment